Seludup Haiwan Naik Kereta Api

PADANG BESAR – Cubaan tiga individu terma­suk dua warga Thailand menyeludup masuk cicak spesies bearded dragon dan anak kura-kura sulcata dari Thailand ke negara ini gagal apabila mereka ditahan di Jalan Kereta Api, Kampung Kolam di sini kelmarin.

Dalam operasi pada pukul 3.30 petang itu, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis merampas 58 ekor cicak dan lapan ekor anak kura-kura spesies tersebut bernilai RM18,100 daripada suspek, lapor Kosmo.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali (gambar kecil) berkata, serbuan yang dilakukan di Kampung Kolam tersebut adalah hasil risikan pihaknya sebelum ini.

“Suspek rakyat Thailand iaitu seorang perempuan berumur 28 tahun dan lelaki 24 tahun ini menyeludup masuk haiwan eksotik tersebut dengan menaiki kereta api dari Bangkok ke Padang Besar untuk dijual kepada seorang rakyat Malaysia yang berusia 36 tahun dari Klang, Selangor.

“Sebaik tiba, mereka kemudiannya bergerak ke Kampung Kolam yang tidak jauh dari stesen kereta api Padang Besar. Di situ, kesemua suspek telah diberkas ketika menjalankan urus niaga. Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima yang digunakan mereka turut dirampas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.