Penduduk Mandikan Penyamun Yang Ditangkap Dalam Lumpur

SANDAKAN — Penduduk Kampung Karamunting di Jalan Batu Sapi di sini, memandikan seorang penyamun yang ditangkap ketika cuma memecah masuk sebuah rumah.

Dua penyamun warga Filipina berusia 30 dan 36 dikejar penduduk kampung sebelum seorang daripadanya tergelincir dalam lumpur, lapor Metro.

Mereka ditahan jam 4.30 pagi Isnin lalu dan seorang penyamun yang tubuhnya penuh lumpur dimandikan sebelum kedua-duanya diserah kepada polis.

Ketua polis daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata polis kemudian menahan semula kedua-dua penyamun berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.