Pemandu Terkejut Beca Dirasuk ‘Hantu’

Beijing- Seorang pemandu beca bermotor terkejut apabila kenderaannya seolah-olah dirasuk ‘hantu’ dan membuat ‘wheelie’ tiba-tiba sebelum menaiki bahagian belakang sebuah kereta.

Kejadian pelik dirakam kamera keselamatan tertutup (CCTV) itu menunjukkan pemandu itu tidak mampu mengawal kenderaannya.

Wanita yang juga pemilik kereta sedan putih terbabit dilaporkan berusaha mendapatkan bayaran ganti rugi daripada pemandu itu.

Dia sukar percaya pemandu itu tidak sengaja melanggar kenderaannya.

Rakaman kejadian itu yang dimuat naik ke media sosial dengan judul ‘beca kena rasuk’ mencatatkan tontonan lebih 3 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.