Luluskan Cuti Khas Pekerja Jalani Rawatan Kesuburan 

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyarankan majikan supaya memberi kelulusan cuti khas kepada pekerja yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan bagi membantu merealisasikan harapan mendapatkan cahaya mata.

Beliau berkata, majikan juga boleh memberikan insentif atau pembiyaan khas kepada kakitangan yang menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan itu yang membabitkan kos tinggi, lapor Bernama.

“Majikan juga boleh menimbang memasukkan kos pembiayaan rawatan subfertiliti dalam senarai jenis rawatan yang ditanggung oleh panel kesihatan majikan.

“Menjadi tanggungjawab semua pihak iaitu kerajaan, keluarga malah majikan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada pasangan bermasalah ntuk mendapatkan rawatan kesuburan,” katanya pada majlis Jalinan Kasih Memenuhi Harapan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Persatuan MyEndorsis Selangor dan Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.