Lelaki Berlatih Tinju Dengan Ibu Usia 67 Tahun

Seorang lelaki telah berkongsi video gelagat mencuit hati ketika berlatih tinju bersama ibunya yang berusia 67 tahun.
 
Menerusi laman Facebooknya, Stylo Barz, lelaki yang dikenali Alfie itu memuat perkongsian videonya yang berdurasi 53 saat itu.
 
Dalam rakaman itu, Alfie sedang memakaikan sarung tangan peninju kepada ibunya sebelum memulakan latihan.

Gelagat dan interaksi antara kedua-dua anak beranak itu ternyata menarik perhatian ramai ketika memulakan latihan iu.
 
Ibunya mempamerkan aksi malu dan hanya tersenyum ketika menumbuk Alfie manakala wajah pula kelihatan gembira dapat meluangkan masa bersama ibunya.
 
Difahamkan, Alfie merupakan ‘trainer’ kelab Stylo Barz.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.