Kereta Petrol, Diesel Diharamkan

PARIS – Perancis akan menamatkan jualan ken­deraan yang menggunakan bahan bakar petrol dan diesel di negara itu menjelang tahun 2040.

Menteri Ekologi, Nicolas Hulot berkata, keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada wawasan bagi memenuhi sasaran di bawah Perjanjian Iklim Paris.

“Kami mengumumkan penjualan kenderaan petrol dan diesel akan berakhir menjelang 2040,” kata Hulot pada sidang akhbar di sini kelmarin, memetik laporan Kosmo.

Perjanjian Iklim Paris yang ditandatangani oleh 175 anggota Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim pada 22 April 2016 di New York. Amerika Syarikat bertujuan menangani isu pemanasan global.

Hulot yang merupakan bekas pengacara televisyen program hidupan liar berkata, matlamat tersebut sukar dicapai terutamanya untuk pengeluar kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.