Ibu Penyanyi, Sifatkan Anaknya ‘Malin Kundang’

Ibu kepada Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, Irma Suriana Mahamud meluahkan rasa kecewa dan kecil hati dengan sikap anaknya sehingga menggelarkannya sebagai Malin Kundang.
 
Irma semalam meluahkan status itumenerusi akaun Facebooknya.
 
Dalam status itu, Irma berasa sedih dengan sikap Sufi sehingga membuatkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh darah dagingnya.

Irma juga turut menyatakan Sufi merupakan seorang anak yang hanya mementingkan diri dan tidak mempedulikan perasaan ibunya.
 
Sehubungan itu, menjawab mengenai dakwaan ibunya, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid menerusi kenyataan di akaun Facebook memberitahu kasih-sayangnya terhadap Irma tidak pernah berkurangan.

Sementara itu, rata-rata pengikut mereka meminta supaya salah faham tersebut diselesaikan dengan cara yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.