Ibu Dikecam Kerana `Tindik’ Pipi Bayinya

Seorang ibu mengundang kemarahan netizen setelah memuatnaik foto bayi perempuannya dengan ‘tindik’ wajah.

Dia dikecam selepas gambar itu yang memunjukkan seorang bayi dengan berlian di pipinya menjadi viral.

Ibu bernama Enedina Vance itu, memuatnaik foto tersebut dalam akaun Facebooknya.

Foto tersebut telah dikongsi lebih dari 13,000 kali, namun Enedina sejak saat itu menjelaskan bahwa tidak semua berlaku seperti yang kelihatan.

Bagaimanapun dia terus dicaci hinggakan ada yang mahu Facebook menarik balik gambar terbabit.

Enedina kemudiannya memberitahu dia berbuat demikian kerana menentang kanak-kanak bersunat dan menindik telinga.

“Mengubah tubuh anak hanya kerana alasan estetika adalah salah … jadi mengapa tindik telinga dan sunat begitu popular,” katanya.

Namun penjelasan berkenaan tidak diterima terutama dalam kes bersunat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.