Dua Lelaki Maut Dirempuh Ketika Mahu Bantu Mangsa Kemalangan

JOHOR BAHRU – Mereka pada mulanya berhasrat untuk membantu mangsa kemalangan, namun kemudiannya dua daripada mereka pula yang maut manakala tiga lagi parah akibat dirempuh sebuah kereta di KM10, Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini awal pagi tadi.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai S. Logess, 29, dan R. Surendran yang kedua-duanya bekerja di Singapura.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian berlaku pada 4.15 pagi ketika sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan dan mengalihkan kenderaan yang terlibat.

“Bagaimanapun kemudiannya datang sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang merempuh sebahagian daripada mereka, sebelum kereta itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pula sebuah kenderaan lain. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.