Bapa OKU, 7 Anak Tinggal Dalam Kereta

JOHOR BARU — Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) bersama isterinya dan empat daripada tujuh anak mereka terpaksa tinggal dalam kereta pada sambutan Aidilfitri lalu.

Mereka terpaksa keluar dari rumah kerana gagal membayar tujuh bulan tunggakan sewa sementara permohonan rumah projek perumahan rakyat (PPR) diproses sejak tahun lalu.

Mohd Sani Bachok, 38, isteri dan anak berusia antara 14 bulan hingga 10 tahun tinggal dalam Proton Iswaranya sejak hari Raya keempat, lapor Metro.

“Ketika keluar dari rumah, saya dan isteri hanya dapat membawa pakaian dan bergantung di mana lokasi yang dirasakan sesuai untuk berhenti.

“Mulanya saya ingat nak duduk dalam kereta saja dulu, hingga dapat rumah PPR. Kami dah hantar permohonan dan ada mendapat maklum balas pada bulan Mei yang lepas tapi cuma sekadar makluman sahaja” katanya.

Sementara itu, tukang kebun itu berkata mereka berpindah-randah dari kawasan rehat dan rawat (R&R) atau stesen minyak untuk membersihkan diri.

Mereka kini dibantu badan bukan kerajaan (NGO) We Love Charity (WLC) selepas kisah mereka mendapat perhatian warga internet.

Keluarga itu diberi rumah sementara di Taman Mount Austin, di sini bagi meringankan beban mereka sementara menunggu proses permohonan rumah PPR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.