Akrobat Maut Terjatuh 100 Kaki Depan 35,000 Penonton

Seorang lelaki maut selepas terjatuh setinggi 100 kaki di hadapan 35,000 penonton ketika melakukan aksi akrobat pada muzik festival, beberapa minit sebelum kumpulan rock Green Day membuat persembahan.

Pedro Aunion Monroy maut pada festival Mad Cool di Madrid, malam semalam.

Tragedi itu bagaimanapun tidak dihiraukan oleh Green Day yang tetap meneruskan persembahan mengakibatkan kumpulan rock berkenaan dikecam ramai.

Green Day bagaimanapun dalam satu kenyataan memaklumkan mereka tidak menyedari bahawa Pedro telah meninggal dunia sehinggalah habis persembahan.

Video tragedi berkenaan kini tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.