Lemang Katak Pisang Bantut Selera

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar lemang yang mengandungi bangkai katak tersebar di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Farah Adila.

 

Gambar yang dimuatnaik awal hari ini memaparkan hidangan lemang yang mengandungi bangkai katak berwarna hitam.

 

Menurut kapsyen gambar berkenaan, Farah dan suaminya terpaksa berhenti daripada bersahur berikutan penemuan yang menjijikkan itu.

 

“Terbantut sahur si suami…Gara-gara makhluk ni yang elok parking dalam lemang yang dibeli kat bazaar semalam. Kecut perut laki bini. Terus loya nak makan apa pun,” katanya.

 

Menjawab pertanyaan pengguna Facebook lain, Farah mendakwa lemang berkenaan dibeli di sebuah bazar Ramadan di Jalan Kuching.

 

“Kat bazaar Jalan Kuching sis Cornetto Love, Zarith Norain… gila punya menu laa…tobat rasanya..kesian cik abang kita,” jawab Farah.

 

Gambar berkenaan yang dimuatnaik olehnya itu mendapat pelbagai kritikan dan menerima 69 like serta dikongsikan sebanyak 73 kali.

 

“Pernah experience (mengalami) jugak, beli kat kedai lemang deret zoo tu. Katak macam ni gak. Sampai sekarang tak makan lemang buluh,” komen salah seorang pengguna Facebook Zra Zainuddin.

 

“Tak dapat nak bayangkan kalau siapa yang dah termakan air katak tu,” komen seorang lagi pengguna Facebook, Nurul Sparkletts.

 

Ada juga pengguna Facebook yang bertanyakan apa spesis katak yang ditemui dalam lemang berkenaan.

 

“Tu katak ape yer? Farah Adila Katak pisang tu…Sebab tu dia tak boleh berpisah dengan daun pisang,” komen pengguna Facebook, Areekoola Ariel. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.