Harith Iskander Perli Pihak Yang Tak Tahu Beza Babi Dengan Wombat

Baru-baru ini viral satu gambar ucapan hari raya yang dikatakan menyerupai seekor babi sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan umat Islam.

 

Tidak lama selepas itu pihak yang bertanggungjawab yang mengiklankan ucapan berkenaan, Sevcorp tampil memohon maaf atas ‘kekeliruan’ itu.

 

Sedangkan binatang yang dikatakan meyerupai babi itu adalah seekor wombat dan merupakan maskot syarikat berkenaan.

 

Kali ini pelawak terkenal, Harith Iskander menerusi posting di laman Facebooknya ‘menyindir’ sesetengah pihak yang tidak tahu membezakan antara dua jenis binatang itu.

 

Secara tajam, dia memohon maaf kepada syarikat berkenaan atas sikap mudah tersinggung sesetengah pihak.

 

“Sebagai orang Malaysia kita ada alasan. Tidak semua rakyat Malaysia pernah melawat Zoo Negara di Ulu Kelang (di mana saya rasa pastinya ada kawasan habitat untuk wombat) dan tidak semua di antara kami yang mempunyai ibu bapa yang meluangkan masa di zaman kanak-kanak kami untuk merujuk kepada gambar-gambar dan buku-buku yang memaparkan haiwan dan mergastua selainnya,” demikian memetik sebahagian postingnya.

 

Harith turut menasihatkan pihak-pihak berkenaan menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh secara membuta-tuli. – Siakapkeli

 

Harith Iskandar-1

Harith Iskandar-2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.