Amira Selalu Mengigau Panggil Papa Dan Mama Ketika Tidur

Kisah kemalangan maut yang mengorbankan sepasang suami isteri dan seorang bayi di Kilometer 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) pernah menjadi bualan ramai Netizens dua bulan lalu nampaknya sudah semakin hilang dari media-media massa.

 

Tetapi kejadian ini terus menjadi igauan untuk anak-anak Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, dan allahyarhamah isteri Nova Safitri Azhari, 25, di mana Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, masih menangisi pemergian kedua ibubapa tercinta mereka.

 

Memetik laporan Harian Metro, ibu saudara mereka, Izzat Hasif, 30, berkata, apa yang lebih menyedihkan Nur Firuza Amira sering mengigau dan terbawa-bawa insiden yang mengorbankan ibu bapa dan adiknya itu di dalam tidur.

 

“Amira akan memanggil papa dan mama ketika tidur.

 

“Sebak saya mendengar apabila Amira menyebut nama arwah, saya berharap dia tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

 

Kedua-duanya kini dijaga oleh ibu saudara mereka iaitu Yusnida Wan Hussain dan juga nenek mereka di Taman Batu Muda, Gombak.

 

Pergaulan Amira kini sedikit menunjukkan perubahan selepas semakin mesra dengan kawan-kawannya di sekolah kerana selepas kejadian yang mengorbankan ibu bapanya itu kelihatan Amira lebih banyak mendiamkan diri. – Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.