Veteran Muda Oranje

Salah seorang prospek muda daripada sistem remaja kelab Feyenoord, Stefan de Vrij mempunyai karakter permainan yang tenang melangkaui usia mudanya.

Meskipun baru berusia 22 tahun, dia mengukuhkan kedudukan sebagai pemain penting Feyenoord, malah sudah diberi tanggungjawab sebagai kapten selepas Ron Vlaar berhijrah ke Aston Villa.

Penghormatan itu membuktikan kematangan de Vrij, di atas dan di luar padang serta kepercayaan daripada rakan sepasukannya.

Prestasi konsistennya sepanjang beraksi dalam Liga Belanda membolehkan barisan pertahanan Feyenoord semakin digeruni serta kedudukan dalam skuad kebangsaan terjamin.

De Vrij terlepas beraksi dalam Kejohanan Euro 2012, namun sejak itu menjadi pemain penting buat skuad Louis van Gaal khususnya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Dalam kempen Piala Dunia kali ini, dia bukan saja beraksi dalam semua perlawanan Oranje malah menjaringkan gol ketika membenam Sepanyol 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Berikutan aksi cemerlang setakat ini, De Vrij dikhabarkan menjadi buruan kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United di mana Van Gaal bakal menjadi pengurus.

 

PROFIL

LAHIR: 5 Februari 1992 (22 tahun)
TEMPAT LAHIR: Ouderkerk aan den IJssel, Belanda
TINGGI: 1.89m
BERAT: 78 kg
KERJAYA BERMULA: 2009
KELAB: Feyenoord

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.