Transformasi Johor Bahru – Tun Dr Mahathir

 1. Johor Bahru akan bertukar wajah secara radikal. Pembangunan yang dicadangkan, dengan berpuluh bangunan pencakar langit yang tinggi dan indah, dengan mercu tanda yang berbentuk ‘sky scraper’ tertinggi akan menjadikan Johor Bahru lebih menarik dan mengagumkan dari New York.

2. Tidaklah salah jika JBB (Johor Bahru Baru) ini akan mengheret Malaysia ke era baru. Ia tetap mencerminkan kemodenan dan kemajuan Malaysia. Seperti dengan Kuala Lumpur, Johor Bahru akan sampai Wawasan 2020 lebih awal dari wilayah lain di Malaysia.

3. Walau bagaimanapun soalan yang timbul ialah siapa yang akan tinggal dan bekerja dalam puluhan pencakar langit ini. Dari manakah mereka akan datang. Dari Johor Bahru? Dari Malaysia?

4. Bangunan-bangunan ini bukanlah rumah murah. Tentulah bahan yang diguna ialah daripada marmar dan granit. Lif dan escalator memudahkan pelawat naik-turun. Di tingkat atas yang mungkin 30 atau 40 tingkat tingginya, tentulah disedia flat mewah dengan sewa puluh ribuan ringgit sebulan.

5. Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Dan Penduduk terdiri dari orang Melayu Johor Bahru dan kampung-kampung di sekitar. Di khuatir bukan.

6. Pada 1819 Singapura dijual kepada British oleh Temenggong dengan harga Dolar Sepanyol 60,000. Terdapat beberapa nelayan yang tinggal di pulau itu, pada ketika itu.

7. Pendatang asing membanjiri Singapura sehingga penduduk asalnya tenggelam dalam bandar besar yang didirikan. Demikianlah besarnya jumlah pendatang asing ini sehingga Singapura menjadi negara asing yang tidak dikembalikan kepada Johor apabila British bebaskan pulau itu daripada penjajahannya.

8. Apakah mungkin bandar indah dan mewah yang sedang didirikan tidak akan jadi satu lagi Singapura. Dalam sistem Malaysia sesiapa yang tinggal di negara ini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas berhak mendapat kerakyatan. Dan kita tak pandai tolak permintaan orang. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku sekarang.

9. Kawasan yang akan dibangunkan ini tentu akan menjadi sebahagian dari Malaysia. Ia akan memiliki beberapa kawasan pilihanraya. Kalau pun dicantum dengan kawasan lain majoriti penduduk akan terdiri daripada warga baru ini.

10. Sekarang kita tidak boleh sebut Melayu. Ia rasis. Tak apalah jika tidak ada seorang pun warga keturunan Melayu, asalkan yang akan mengundi dan memilih wakil rakyat terdiri dari warganegara Malaysia.

11. Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat. Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun ayam dikepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan.

25 thoughts on “Transformasi Johor Bahru – Tun Dr Mahathir

  • July 8, 2014 at 5:55 pm
    Permalink

    Itulah keluhan warga JB, siapa yang akan tingga?Rata-rata tak akan mampu beli , paling murah pun berharga 370 ribu ke atas hingga mencecah 1.5juta se unit apartment.

    Reply
  • July 8, 2014 at 5:59 pm
    Permalink

    Matlamat Tanjong 3 Akan tercapai,

    Perlukah sangat Johor Bahru sebegitu cepat?

    Kalau setakat tanah menjadi modal, satu bandar akan tergadai.

    Kita ingin membangun, tapi bukan mengagalakkan penghijrahan beramai-ramai org luar.

    Reply
  • July 8, 2014 at 7:32 pm
    Permalink

    Sekadar pandangan peribadi saya pemantauan dan penguatkuasaan undang2 perlu di titikberatkan. Siapa saja yg dtg perkara kedua. System undang2 yg perkasa blh pantau apa saja. Tiada yg berani naik tocang, berbeza bila system yg longgar dan byk yg diberi dan ambil kesempatan. Ini berdasarkan pengalaman tinggal di Dubai dan Doha selama 6 tahun. Policy atau satu undang2 lain perlu digubal utk protection kpd negeri dan penduduk tempatan terutama nya

    Reply
  • July 8, 2014 at 8:40 pm
    Permalink

    jgn biar smpai kita ni miskin di negara sendiri, pembangunan perlu. tp x perlu smpai tergadai tanah. slow n steady.

    Reply
  • July 8, 2014 at 8:59 pm
    Permalink

    Dah penat komen. Nampaknya dh xde semangat patriotisme dlm pemimpin Johor sekarang. Apa agaknya dlm fikiran mereka

    Reply
  • July 8, 2014 at 9:10 pm
    Permalink

    apa yg dikatakan TUN mmg benar tp kite jgk harus yakin dgn pemikiran sultan johor dan kakitangan yg meluluskan smua permbaharuan dijohor ini..sbagai raja dan ketua di negeri johor.tentu ia ada agenda sndiri utk negeri jajahannye dn tdak mgkin raja yg berjiwa rakyat akan melakukan ssuatu yg boleh mgadaikan negeri yg ditakluki sekian lma…

    Reply
  • July 8, 2014 at 9:58 pm
    Permalink

    Inilah akan berlaku dan pasti berlaku,majoriti pengundi bertambah dan menjadi koloni mereka,dan siapa akan menjadi majoriti dan siapa akan menang dalam pemilihan adun atau parlimen,adakah setiap lokasi yang maju kononnya ,contohnya taman perumahan rumah dijual tanpa ambilkira siapa yang akan beli,mampu beli,harga memang macam sesuka hati,saya amat bimbang dengan fenomena sekarang,nak harapkan siapa nak sokong ,mereka kata kita susah kerajaan tak bantu,tapi sebenarnya setiap perojek kerajaan 60% mesti dia punya sebab siapa pembekal,pembina hanya 40% itu pun kena bahagi lagi dengan pembuat,itu pun katanya sekarang susah nak niaga.dah bertahun untung dia tak cakap pun untung takde,inilah mereka sebenarnya ,hanya bermuka2 dengan kita.
    Harapan saya jika dibukakan hati kepada jutawan2 kita yang berjaya supaya mengambil pendekatan untuk membantu,membuat pelaburan lebih kepada pembekal seperti mereka buat,contoh terbaik syed albuhkari,dan lain2 lagi.

    Reply
  • July 8, 2014 at 10:28 pm
    Permalink

    Logo Diraja Johor tu perlu diubah… Tak patut Kalimah ALLAH berada dibawah. Sepatutnya Kalimah YANG MAHA ESA ini berada yang paling atas.

    Reply
  • July 8, 2014 at 11:25 pm
    Permalink

    Saya setuju dengan tulisan penulis. Sebagai anak kelahiran Johor, saya terlalu bimbang.

    Ikhlas.

    Dr. Hj. Rozza MOHID

    Reply
  • July 9, 2014 at 1:16 am
    Permalink

    It is great to see there are plans to develop and open up the region to allow economic growth. Malaysia boleh! It would be great to see everyone is doing their best to fulfill their part. May it be student study harder, business starting to innovate and grow.. thats the foundation to growth. And with the complimentary by the infrastructure built by government, with that i believe malaysia boleh. Without the foundation, the risk of creating a ghost town is scary.. waste of resources.

    Point is.. rakyat must also follow suit to build the country.. not just the government doing great..

    Maybe a bunch of rubbish shared at 1am.. haha

    Reply
  • July 9, 2014 at 1:57 am
    Permalink

    Setiap perancangan pasti sudah di teliti… kita jangan cepat melenting atas sesuatu perkara.. agak2 was2, tanya kepada yang arif kpd perancangan pembanggunan utk johor bahru.. sy yakin pada MB johor sekarang tak akan sewenang2nye menggadai kan apa2 utk johor ..khasnye johor bahru..

    Reply
  • July 9, 2014 at 3:47 am
    Permalink

    Pelabur2 asing di bawa ke johor untuk membangunkan tanah johor dan majoriti pekerja2 yang diambil mesti fasih berbahasa mereka kerana senang berkomunikasi katanya. Sungguh sedih di tanah sendiri kita seperti orang asing. Mungkin hilang hak kita suatu hari nanti bukan pada kita tapi pada anak cucu cicit kita.

    Reply
  • July 9, 2014 at 6:37 am
    Permalink

    Dah lama terfikir…dh kerana singapo tu kecik dn mula sesak…faham2 aja la…
    Dan satu masalah lg yg munkin x terfikir …bila mana tanah kg milik melayu dijual kepada kaum lain…bayangkan 1 ekar bole bina berapa rumah teres mewah…sape yg akan duduk…akhirnya sape yg majoriti..kalau dulu berpuluh ekar cuma ade sebijik rumah melayu..akan datang satu kg dh ramai bukan melayu..
    Faham tak ?…bila pru..yg majoriti la yg pasti memerintah..

    Reply
  • July 9, 2014 at 9:10 am
    Permalink

    yang menjual tanah sampai berekar2 tu dh dpt lesen baru pulak. MB punya kerja yg bg. makin galaklah tanah akan terjual. tahniah

    Reply
  • July 9, 2014 at 11:07 am
    Permalink

    Siapa yang boleh bantu kami jika pihak atasan sendiri tidak mahu bantu tapi hanya memikirkan kemegahan dan wang ringgit sahaja. Allah sahaja tempat kami bermohon, jika ini satu penganiayaan buat kami semua..

    Reply
  • July 9, 2014 at 11:21 am
    Permalink

    Project Iskandar contohnya sebahagiannya adalah dibawah perancangan kerajaan pusat.
    Sultan mempunyai kebimbangan dengan perkembangan ini, sebab itu terdapat permintaan utuk Sultan campur tangan dalam urusan pentadbiran tanah.
    Tapi semua tolak! di takuti status Sultan terdedah kepada cacian.. kononnya
    Sultan Pahang jadi presiden FAM tu… lagi terdedah 360 darjah…
    Biarlah masa depan Johor di tentukan oleh Sultan dan rakyat johor… orang yg tak tinggal di johor mungkin sukar memahami perasaan dan kebimbangan kami..

    Reply
  • July 9, 2014 at 3:51 pm
    Permalink

    1. Setuju dengan tulisan.
    2. Sejarah 1819 boleh berulang tetapi mungkin masa, keadaan dan bentuk berbeza.
    3. Saya orang Johor. Tidak bersetuju dan berharap tidak ada campur tangan raja dalam urusan pentadbiran negeri.

    Reply
  • July 9, 2014 at 6:14 pm
    Permalink

    Sekarang pun sudah timbul isu yang kebanyakan rumah di Iskandar dimiliki warga Singapura. Ada antara mereka yang sanggup tinggal di Johor dan keluar masuk singapura dengan alasan rumah lebih mampu dimiliki mereka (sebelum dinaikkan ke RM1 juta).

    Saya heran atas permit apa yang dimiliki warga asing ini yang membolehkan mereka tinggal di Malaysia. Kalau sebaliknya ,dah lama kita disoal imigresen mereka.

    Reply
  • July 9, 2014 at 7:26 pm
    Permalink

    Setuju, memang kritikal perkara ini di Johor Baharu semenjak PR memerintah. DAP memang nak jual JB kepada Singapura. Eh? Bukan PR memerintah Johor ke?

    Reply
  • July 12, 2014 at 10:51 pm
    Permalink

    Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang

    Reply
  • July 12, 2014 at 10:55 pm
    Permalink

    Memang sungguh benar apa yang Tun katakan,lihat sahaja sekarang bentuk design rumah-rumah yang baru diJohor bina tak berbentuk KeMelayuan banyak yang berbentuk Kecinaan.
    Siapa yang mengawal semua ini.kami berharap sangat Sultan dan Menteri Besar memandang serious perkara ini.
    Jangan jadi seperti si luncai terjun dengan labu labu nya – BIAR KAN

    Reply
  • July 31, 2014 at 4:09 pm
    Permalink

    Wahai Rakyat Johor Khususnya dan Malaysia Amnya… Teruskanlah perjuangan ini .. sebenarnya pada hemat saya ia adalah ibarat seperti Iman (Bukan sahaja hati berkata-kata yang benar, malah mulut juga menyuarakan kebenaran dan janganlah kita lupa kita juga perlu bertindak bagi menegakkan dan mempertahankan kebenaran)…
    Bantulah, berkorbanlah, merancanglah dengan rapi ke arah matlamat dan tujuan …
    Apabila segenap Usaha, Pengorbanan, doa dan segala yang terdaya telah dilakukan… Kita bertawakkal Hanya KEPADANYA…

    Inilah Ikrar di dalam setiap solat kita “Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM”

    Reply
  • July 20, 2015 at 10:29 am
    Permalink

    Homestay Johor Bahru provides comfortable and affordable accommodation for any travellers visiting Johor Bahru. Some of the popular places of interest which is very near to us are Legoland Malaysia theme park, Educity Malaysia and Hello Kitty Malaysia theme park.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.