Susulan Bakar Isteri Nikah Seminggu

Alor Setar: “Tolong jangan tekan kami sekeluarga kerana kami sudah cukup tertekan. Kamu semua tahu kami sedang bersedih, kenapa mahukan kami bertambah sedih?” kata bapa mangsa yang terbabit dalam kejadian dibakar suaminya di Kampung Abi Padang Machang, Kangar, Perlis, kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Ismail, 50-an itu berkata dia sekeluarga tidak boleh mengulas lanjut mengenai kejadian menimpa Syafika yang juga anak kelima daripada enam beradik terbabit berikutan masih bersedih selain terkejut dengan berita diterima. 

Katanya, dia hanya menyerahkan kepada polis melakukan siasatan lanjut dan berharap semua pihak menghormati perasaan keluarganya. 

“Berita menimpa anak saya sudah dikeluarkan di akhbar, jadi semua orang mesti sudah tahu. Buat masa sekarang saya tidak dapat memberi komen apa-apa kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

“Kalau saya bercerita kepada kamu (wartawan) semua sekali pun ia bukan boleh menyelesaikan masalah kerana kamu hanya boleh menghuraikan saja.

“Jadi, saya harap semua pihak menghormati keputusan ini kerana kami memang tidak tahu mahu cakap apa-apa,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam. 

Ibu mangsa yang enggan dikenali turut menzahirkan perasaan terkilan terhadap kejadian menimpa anak perempuannya dan tidak mahu mengulas lanjut mengenainya berikutan masih bersedih. 

Wanita terbabit yang hadir ke hospital bersama suami dan seorang anak lelakinya dilihat ditolak di atas kerusi roda berikutan keadaan kesihatan tidak mengizinkan selepas diserang angin ahmar setahun lalu. 

Selepas usaha menemubual keluarga terbabit gagal, wartawan terpaksa mengekori mereka sekeluarga ke tempat meletak kenderaan awam HSB bagi mendapatkan kenyataan. 

Sebaik disapa kumpulan wartawan, wanita itu melemparkan senyuman, namun memberi isyarat tidak mahu memberi sebarang komen berikutan merasa terganggu dengan kehadiran media. 

Walaupun begitu wartawan tetap berusaha mengajukan soalan mengenai kejadian yang menimpa anak perempuannya sehingga wanita itu menundukkan mukanya dan dilihat menitis air mata.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi kerjasama kerana masih bersedih dengan kejadian ini.

Syafiqa seorang anak yang baik dan kami sememangnya rapat.

“Kami terus datang kesini sebaik dimaklumkan mengenai kejadian ini dan akan plang semua ke Sekudai,Johor Bharu Esok(hari ini),”katanya.

Sementara itu pengarah HSB Datu Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata,mangsa mengalami kebakaran 35 peratus dibahagia muka,anggota badan dan bahagian atas kemaluannya.

Katanya,keadaan mangsa kini dilaporkan stabil berikutan bacaan tekanan darah dan paras gas di dalam darah dilaporkan normal.

“Buat masa sekarang mangsa diberi bantuan alat pernafasan berikutan sistem pernafasannya mempunyai masalah akibat menyedut banyak asap.

“Kami akan membuat pemantauan secara rapi terhadap luka berkenaan bagi mengelakan berlaku jangkitan dengan membuang bahagian kulit yang terbakar,”katanya.

Harian Metro semalam melaporkan shafika yang baru seminggu bernikah dengan suspek dinegara jiran itu dibakar di dalam bilik air di rumahnya  dipercayai akibat cemburu buta.

Akibat tindakan luar kawalan itu,suspek turut cedera selepas cuba memadam semula kebakaran pada tubuh angsa dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mangsa kemudia dirujk ke HSB untuk rawatan.

Harian Metro-8 Julai 2014-MS-6A

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.