Serangan Berani Mati Ragut 16 Nyawa

Bagram – Sekurang-kurangnya 16 maut termasuk empat tentera NATO dan dua anggota polis dalam serangan berani mati di luar kawasan pengkalan tentera Bagram, di timur Afghanistan.

Laporan BBC mengesahkan kejadian pada Selasa, turut meragut nyawa wanita dan kanak-kanak.

Menurut pihak berkuasa Afghanistan penyerang mensasarkan sebuah klinik perubatan di wilayah Parwan.

Dalam kenyataannya kepada agensi berita Reuters, Taliban mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.

Keganasan berlaku sehari selepas kumpulan yang menyokong calon presiden, Abdullah Abdullah menolak keputusan pilihan raya bulan lalu dan menyifatkannya sebagai rampasan kuasa ke atas rakyat yang meletakkannya terpaksa bekerjasama dengan seterunya Ashraf Ghani.

Sebelum ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry memberi amaran sebarang percubaan mengambil alih kuasa secara tidak sah akan menyebabkan negara itu akan kehilangan sokongan daripada Washington.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.