Sekiranya Buddha Masih Hidup, Dia Akan Lindungi Orang Islam

Ladakh (India) – Ketua kerohanian Tibet, Dalai Lama sekali lagi meminta penganut agama Buddha di Myanmar dan Sri Lanka supaya menghentikan keganasan terhadap rakyat minoriti beragama Islam di negara masing-masing.

Permintaan itu dibuat pada harijadinya yang ke 79 pada Isnin di hadapan berpuluh ribu penganut Buddha termasuk aktor Hollywood, Richard Gere.

“Saya meminta penganut agama Buddha di dua negara ini untuk mengenangkan pengasas agama Buddha ini sebelum mereka melakukan keganasan. Sekiranya Buddha masih hidup, dia akan melindungi orang Islam yang diserang oleh penganut agama Buddha,” katanya di bandar Leh.

Peningkatan semangat nasionalis Buddha di kedua-dua negara, dimulakan oleh pergerakan pelampau sami menyebabkan keganasan yang mensasarkan orang Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor agensi berita CNN.

Di Myanmar, keganasan agama menyebabkan lebih 200 terbunuh dan hampir 150,000 hilang tempat tinggal – kebanyakannya adalah penduduk minoriti Islam Rohingya – sejak keganasan berlaku di barat Rakhine pada Jun 2012.

Kumpulan hak asasi berkata kumpulan pelampau sami memulakan keganasan minggu lalu dan berada bersama-sama mereka yang merusuh.

Di Sri Lanka bulan lalu, empat terbunuh dalam keganasan agama di mana perusuh beragama Buddha menyerang kampung penduduk beragama Islam di bandar Aluthgama.

Dalam Lama yang hidup dalam buangan sejak 1959 sebelum ini pernah mengutarakan kebimbangan mengenai keganasan yang dilakukan nasionalis beragama Buddha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.