Peniaga Online Panggil Pelanggan Lembu

Kuala Lumpur – Seorang peniaga dalam talian (online) hari ini menerima kutukan dan cacian daripada pelayar-pelayar Internet setelah bertindak biadap terhadap seorang pelanggannya.

Seorang pelanggan dikenali sebagai ‘Era Amanda’ dilihat bertanyakan status warna baju kurung yang dibeli dari peniaga online yang menggunakan nama ‘Baju Kurung Eklusif’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun pertanyaan itu dijawab secara kasar sehingga terkeluar perkataan ‘mati la’, ‘bodoh’, dan ‘cow’.

Akibat kurang ajar terhadap pelanggan, akaun Facebook peniaga berkenaan diserang oleh pengguna-pengguna Facebook yang lain, dengan memerli, menasihati dan memarahi cara peniaga itu mengendalikan pelanggan.

Peniaga tersebut menukar nama akaunnya kepada Baju Kurung Eksclusif namun mungkin tidak tahan dimaki lagi, beliau bertindak memadamkan akaun Facebook itu.

Ini bukan kali pertama dilaporkan kejadian sebegini berlaku.

Sebelum ini pernah dilaporkan peniaga menipu duit pelanggan dan memberi barang yang salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.