PATI:Kena Cekup Tak Sempat Balik Raya

JOHOR BAHRU – Niat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indo- nesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman terbantut apabila mereka ditahan ketika sedang menyusup keluar ke sempadan Malaysia-Indonesia menggunakan perairan Parit Jawa, Muar kelmarin.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Ma ritim Iskandar Ishak, dalam operasi kira-kira pukul 2.15 pagi itu, 17 PATI termasuk tekong dan pembantu bot berkenaan berjaya dicekup.

Sebelum itu beliau berkata empat anggota Angesi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melihat sebuah bot kelas A dalam keadaan mencurigakan dari periran Parit Jawa menuju ke perairan sempadan Malaysia-Indonesia.

“Hasil pemeriksaan,kita menemui 15 PATI termasuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan kita percaya mereka ini dalam perjalanan pulang ke Indonesia menjelang sambutan Aidilfitri,katanya dalam satu kenyataan akbar semalam.

Kesemua yang ditahan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007(Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63(Akta 155).

Kosmo-8 Julai 2014-MS 14

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.