Nora Danish Akan Cuba Menyayangi Perangai Buruk Nedim

Kuala Lumpur – Pelakon popular, Nora Danish menafikan sedang sibuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinan yang dijangka diadakan pada masa terdekat.

Dia yang sedang hangat bercinta dengan anak seorang menteri, Nedim Nazri turut meminta masyarakat tidak mempercayai khabar angin yang disiarkan oleh blog mengenai tarikh perkahwinannya.

“Tidak… tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan.

“Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal, Nora juga mengimpikan sebuah majlis pernikahan yang serba ringkas memandangkan dia dan pasangannya pernah melalui fasa perkahwinan sebelum ini.

“Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas. Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria.

“Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin”, ujarnya.

Menurut heroin filem ‘Pengantin Malam’ ini, mereka masih lagi mengukuhkan keserasian dan sekarang dalam fasa menyayangi perangai-perangai buruk masing-masing.

“Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.

“Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami “, kata Nora sambil tersenyum ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjjuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia berharap agar para peminat terus mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.