New York Benarkan Pengunaan Ganja

New York – New York menjadi menjadi negeri ke-23 di Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Pengumumannya dibuat Gabenor Andrew Cuomo.

Menurut laporan AFP, bagi mendapat bekalannya, pesakit perlu mendaftar di bawah program perubatan ganja kerana bilangan pusat pengedaran yang terhad

Malah, setiap sesi rawatan tidak boleh melebihi 30 hari bagi setiap pesakit.

“New York mempunyai sejarah perubatan yang membanggakan kerana banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan.

“Kami di sini untuk membantu orang ramai dan jika ada perkembangan dalam bidang ini, kita akan salurkan kepada orang ramai,” jelasnya.

“Undang-undang ini membolehkan perubatan ganja ditawarkan secara baik seperti memberi perlindungan, cara mengawal,” kata Cuomo yang sebelum ini pernah menentang perubatan ganja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.