Hartawan Derma Harta RM6.56 Billion

Beijing – Seorang hartawan mendermakan seluruh harta kekayaannya bernilai £1.2 bilion (RM6.56 bilion) kepada badan kebajikan tanpa meninggalkan sesen untuk isteri dan anak-anaknya.

Ketika muda, Yu Pengnian (gambar) bekerja sebagai pemandu beca yang tidak berwang, namun hidupnya berubah menjadi orang paling kaya di China ketika usianya 88 tahun.

Tanpa pengetahuan keluarga, Yu mendedahkan mengenai harta yang didermakan kepada badan kebajikan melalui sidang media.

Seluruh harta kekayaan itu diberikan kepada pertubuhan miliknya yang diusahakannya lima tahun dulu

Wang itu disalurkan sebagai bantuan kepada pelajar, biasiswa, kerja pembinaan semula gempa bumi Sichuan dan pembedahan pesakit katarak yang sama sepertinya.

Dermawan yang menetap di Panglin, hotel lima bintang di Shenzhen itu bernasib baik kerana keputusannya mendapat sokongan keluarga. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.