Calon Presiden Indonesia : Jokowi Diramal Menang Tipis #Capres

Jakarta – Kajian umum rakyat Indonesia menjangkakan calon presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo akan memenangi pilihan raya presiden hari Rabu ini, walaupun dengan kemenangan tipis.

Kajian daripada Jakarta Survey Circle Indonesia (LSI), yang dikendalikan oleh Denny Januar Ali, mendapati populariti Jokowi dan pasangan Jusuf Kalla adalah sebanyak 47.8 peratus berbanding Prabowo Subianto.

Peratusan itu menunjukkan 3.6 peratus lebih tinggi daripada saingan Prabowo dengan undian sebanyak 44.2 peratus.

Manakala baki 8 peratus adalah pengundi yang belum mebuat keputusan.

Menurut laporan Jakarta Post, kajian yang dilakukan bermula 2 Julai hingga 5 Julai lalu turut mengkaji mengenai keberkesanan kempen Jokowi yang dilakukan secara intensif menyebabkan ramai golongan pertengahan memilihnya sebagai bakal presiden.

Sebelum ini, kajian LSI pada Jun menunjukkan jurang sebanyak 0.5 peratus juga memihak kepada Jokowi.

Ia turut disertai dengan satu lagi kajian yang dikendalikan oleh PolMark yang membabitkan 2,400 hingga 2,600 responden.

Hasil tinjauan PolMark menunjukkan sebanyak 68.5 peratus responden tidak terpengaruh dengan kempen buruk terhadap Jokowi yang mengatakan beliau adalah Kristian yang berketurunan Cina.

“Kedua-dua tinjauan diadakan sebelum perdebatan terakhir presiden dan tempoh akhir kempen pada 5 Julai. Kami percaya usaha sukarelawan kami ketika kempen serta prestasi Jokowi semasa perbahasan, telah menarik lebih pengundi,” kata salah seorang ahli politik, Eriko Sotarduga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.