400 Penumpang Eurotunnel Terjejas

LONDON 8 Julai – Hampir 400 orang penumpang terpaksa dipindahkan daripada terowong Channel Tunnel semalam, selepas kereta api laju Eurotunnel mengalami masalah pembekalan kuasa, mencetuskan kelewatan teruk sekaligus memaksa perkhidmatan dibatalkan.

Menurut jurucakap perkhidmatan tersebut, rangkaian kereta api laju dari Britain ke Perancis itu mengalami masalah kira-kira pukul 7.30 pagi (6.30 pagi waktu tempatan ), kira-kira satu perempat daripada laluan terowong sepanjang 50 kilometer itu.

Seramai 382 orang penumpang bersama empat ekor anjing berada di dalam kereta api laju itu berjaya dipindahkan ke terminal Perancis, di mana mereka perlu menumpang kereta api lain. – AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140708/lu_02/400-penumpang-Eurotunnel-terjejas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.