Hubungan Umno-DAP Makin Serasi, Tiada Isu – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sebarang isu membabitkan kerjasama antara partinya dengan DAP tidak seharusnya dibangkitkan lagi.

Ini memandangkan kedua-dua parti sudah mempunyai persetujuan bersama sewaktu pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti itu juga kini sedang menjalankan proses penerangan kepada akar umbi mereka berhubung kerjasama tersebut.

“Perkara itu tak perlu timbul lagi kerana mereka dah menyatakan perkara ini beberapa kali.

“Malah di dalam perundingan untuk bentuk kerajaan ini perkara itu antara syarat utama mereka setuju seratus peratus tak perlu ulangi perkara yang telah dipersetujui,” kata Zahid pada sidang media di Laman Media sempena PAU 2023 di WTCKL pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh yang menggesa DAP membuat permohonan maaf kepada Umno sekiranya mahu orang Melayu lembut hati dan menerima mereka terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita mempunyai prinsip kerjasama ini antara BN dan PH. Maka asas inilah terbentuknya kerajaan yang ada sekarang.

“Jangan terbuai dengan pihak yang tidak senang dengan kewujudan dan kestabilan kerajaan sekarang,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu.

Beliau juga yakin hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang merangkumi PKR, Amanah, dan DAP, itu mula membentuk keserasian bersama.

Namun, diperingkat akar umbi parti, Umno jelasnya mempunyai kaedah tersendiri untuk meyakinkan ahli mereka.

“Hakikatnya kebersamaan BN dan PH terbentuk dengan keserasian semakin bertambah, mungkin di akar umbi ada kaedah tertentu lakukan penjelasan.

“Dalam sesi townhall oleh ketua penerangan perkara ini jelas, perkara ini tidak timbul lagi dan dalam taklimat presiden saya sudah sebutkan. Berlaku pencerahan yang sangat cerah dalam hal ini,” kata beliau.

Umno merupakan antara 19 parti yang bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan selepas tiada pihak yang mempunyai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Susulan itu, Umno yang merupakan komponen BN bersama MCA dan MIC perlu bekerjasama dengan DAP yang merupakan musuh tradisi sejak puluhan tahun.

Akmal dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pagi tadi turut memberi ingatan DAP untuk membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Beliau menegaskan, Umno kekal dengan prinsip perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu dan agama Islam, walaupun bekerjasama dengan DAP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat