Video: Anwar Tak Boleh Jadi PM Ganti Tun M Kata Raja Bomoh

KUALA LUMPUR – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan masih belum layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin ketika ditemui berkata, Anwar perlu bersabar sebelum mengambil alih teraju kepimpinan negara.

“Buat masa ini Anwar (masih) tidak layak untuk jadi Perdana Menteri, kerana dulu pun dia hanya Timbalan, sedangkan Tun Mahathir pernah menjadi PM selama 22 tahun.

“Jadi kita minta Anwar jangan terpengaruh (dengan desakan), kena sabar, banyak yang (Anwar) kena belajar dengan Tun (antaranya) selok belok politik dan sebagainya, kena sabar sikit,” katanya ketika ditemui di ibukota semalam.

Gesaan itu dibuat, ekoran dari ‘cakap-cakap politik’ yang mendakwa Anwar sedang menyusun gerakan untuk mendesak Mahathir mengundurkan diri lebih awal.

Menurut perjanjian awal Mahathir akan memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 tahun sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Seterusnya Ibrahim turut meminta Anwar agar tidak mengulangi sejarah 1998 dengan menentang Tun Mahathir sehingga akhirnya menyebabkan beliau tersingkir sebagai ahli kabinet.

“Jangan jadi macam dulu, saya sayang dengan Anwar dulu sebab dia terpengaruh (lawan Mahathir) terpaksa merengkok dalam penjara, buang masa hampir 20 tahun.

“Saya mengharap Anwar boleh jadi PM, tapi kena belajar dulu dengan Mahathir (dalam) 1-2 tahun,” katanya lagi.

Dia turut mendakwa kemenangan Pakatan Harapan (PH) ketika pilihanraya umum yang lalu dalah disebabkan faktor Mahathir.

“Ramalan saya kalau Anwar bersabar, Tun Mahathir akan lepaskan jawatan (dengan sendiri) dan beri pada Anwar untuk jadi Perdana Menteri tapi bukan sekarang kerana keadaan ekonomi Malaysia masih belum pulih, kucir-kacir.

“(Tapi) kalau tak sabar dia (Anwar) tak boleh jadi Perdana Menteri (kerana) ia akan jadi macam dulu (dipecat) dan akan kecewa kerana orang (rakyat) pandang parti (PH) bukan pada Anwar.

“Dah berapa kali Pakatan Rakyat bertanding (dalam PRU) dulu tapi masih tak menang (kerana) sekarang orang (rakyat) pandang pada Tun Mahathir,” ujarnya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.