Usop Wilcha Sindir Dj Dave, Tiba-Tiba Sokong PH

KUALA LUMPUR – Pelakon, Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai menyindir golongan artis yang dahulunya penyokong kuat Barisan Nasional (BN) namun secara tiba-tiba menukar pendirian kepada Pakatan Harapan (PH).

Dia yang lebih dikenali dengan pangilan Usop Wilcha menyindir tindakan Datuk Irwan Shah Abdullah (DJ Dave) yang menukar nama Yayasan Artis 1Malaysia kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

“Rasanya malam @chedetofficial (Tun Mahathir) bagi Amanat hari terakhir kempen dekat Lgkawi dimana teman jadi pengacara, dia (Dj Dave) dengan beberapa ‘geng artis’ seperti buat konsert pada malam waktu yang sama untuk strategi kurangkan orang datang Amanat TunM.

“(Ketika) balik (dalam) kapal terbang pun sama walaupun misi teman berbeza, sekarang dah nak tukor ke huhu,” sindirnya sambil memuat naik keratan berita mengenai artis tersebut.

Dj Dave ketika sidang media mengumumkan mengenai pertukaran nama itu turut berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan kerajaan yang baharu bagi membantu YKAT memberi bantuan kepada artis-artis yang memerlukan.

Sementara itu Usop ketika menjawab respon daripada peminatnya berkata tidak salah untuk golongan artis menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak atas faktor ‘cari makan’ tapi tidak perlu keterlaluan.

“Janganlah tunjuk sangat cari makan tu, lagi-lagi buat konsert dekat tempat ayahanda (Tun M) plak tu huhu, agak-agak la.

“Artis muda yang lin, teman tahulah untuk rezeki, (tapi) yang otai macam dia ni.. hmmmm,” tulisnya dengan nada sedikit kesal. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.