Hishamuddin Umum Tidak Tanding Jawatan Dalam Pemilihan UMNO

JOHOR BAHRU – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini.

Katanya keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau bekerja lebih keras membantu membangunkan semula Umno bermula dari Johor selepas parti itu mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.

“Karier politik saya tidak akan berakhir, saya telah terlibat dalam politik sepanjang hidup saya dan saya tidak akan keluar parti.

“Saya harap ini (langkah tidak bertanding) disedari yang lain bahawa jawatan bukan perkara penting dalam perjuangan kita untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya, hari ini.

Menurut bekas menteri pertahanan itu, beliau menyuarakan keputusan tersebut kepada pemangku presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan kedua-duanya memahami serta menghormati keputusan beliau.

“Selepas raya, saya turun padang ke bahagian-bahagian pula untuk menerangkan secara lebih terperinci sebab saya tidak bertanding dan membawa nama Mohamed Khaled sebagai calon naib presiden,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata keputusan pilihan raya umum lalu memberi isyarat jelas bahawa Umno tidak boleh lagi beroperasi seperti biasa sebaliknya memerlukan perubahan pendekatan secara total dan pemilihan kali ini adalah masa paling sesuai untuk Umno melakukan perubahan tersebut.

“Saya dapati ramai yang menawarkan diri untuk bertanding demi membawa Umno ke depan dan saya percaya mereka harus diberikan peluang untuk memimpin,” katanya. – BERNAMA

One thought on “Hishamuddin Umum Tidak Tanding Jawatan Dalam Pemilihan UMNO

  • June 22, 2018 at 8:35 pm
    Permalink

    DAH MUSNAHH ROSAK…. TAKYAH SIBUK2 …… DERAI BAK DEBU……..BUAT APA PUN TAK JADI APA…MAKIN HANCUR….. BARULAH KORANG NAK INSAF SEDAR DIRI…APAKAH TERLEWAT SUDAH…………..
    PADAN MUKA KORANG…. MELUAT BENCI ….. ROSAK DAH……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.