Zizan Mahu Beraya Di Mekah

Pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak sekali lagi ingin merasai pengalaman serupa pada tahun ini untuk beraya di Mekah terutamanya berada di tanah haram pada 10 malam terakhir Ramadan.

Zizan yang bakal berangkat pada 14 Jun ini sehingga 2 Syawal selain menganggap ia tempat yang baik dan sempurna untuk bercuti.

“Semenjak pertama kali ke Makkah saya sudah tiada perasaan untuk ke tempat lain kerana di sanalah tempat paling baik untuk bercuti.

“Selain meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam setiap ibadat dilakukan saya juga sentiasa berasa amat tenang apabila berada di Mekah dan akan gunakan setiap peluang beribadah dengan sebaik-baiknya,” kata Zizan, lapor mStar.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia lebih bersedia mengerjakan umrah kali ini termasuklah untuk mengenali diri sendiri sekali gus memperbaiki kelemahan yang ada.

“Selain sentiasa berasa tenang di Makkah, semua jemaah adalah setaraf sehingga kita tak kenal siapa kaya atau miskin.

“Ia tempat yang baik untuk bercuti dan sekiranya mampu… pergilah! Ia banyak mengajar kita mengenal diri sendiri, tak fikir benda lain selain amalan dan bagaimana hendak lalui padang Mahsyar (apabila meninggal dunia) nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jula Juli Putus Cinta bersama Mira Filzah arahan Osman Ali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.