Zamihan Bentang Dakwaan ‘Penyelewengan’ Mufti Wilayah

Pendakwah lantang Zamihan Mat Zin terus dilanda kontroversi selepas pembentangannya kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjadi tular.

Ia memaparkan sesi taklimat yang mempunyai tuduhan berat kepada Mufti Wilayah persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad.

Gambar slaid pembentangan “Penyelewengan mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi” itu antaranya dikongsi di Facebook oleh Ketua Biro Agama PKR Wan Ji Wan Hussin tengah malam semalam.

Wan Ji berkata, beliau difahamkan oleh “rakan-rakan” bahawa pembentangan itu dibuat semalam.
Sementara itu, Zamihan dalam Facebook semalam mengesahkan membentangkan kajian pemikiran “seorang agama tokoh tertentu” kepada MAIS pagi semalam.

‘Bukti secerah mentari’

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya membentangkan data-data daripada muzakarah beliau dengan Zulkifli pada 19 Januari lalu, yang turut dihadiri pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Mereka telah menyaksikan sendiri bahawa Sahibus Samahah Datuk Mufti WP tidak menolak satu pun data-data yang saya bentangkan di hadapan beliau sendiri waktu itu.

“Tiada siapa dapat menolak bukti secerah mentari pagi,” kata Zamihan.

“Kini data-data yang sama dan sedikit kemaskini saya bentangkan di hadapan JK Tauliah MAIS,” kata presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu.

Beliau bagaimanapun menuduh gambar pembentangan itu ditularkan oleh orang dalam MAIS sendiri.

“Ternyata beliau seorang yang tidak amanah dan tiada integriti yang tinggi dalam perkhidmatan,” katanya.

Zamihan juga berkata bersedia untuk menyembah mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, menteri agama, Jakim dan mufti sendiri untuk memperjelaskan “kebenaran” itu.-Malaysiakini

2 thoughts on “Zamihan Bentang Dakwaan ‘Penyelewengan’ Mufti Wilayah

  • June 8, 2017 at 2:55 pm
    Permalink

    kepala Zamihan al-Larie dah masuk ayaq daun ketum…. x yah layanlah orang gila nie……!!!!

    Reply
  • May 21, 2019 at 8:18 am
    Permalink

    Biar yang ahli membicara dan mengulas sesama mereka…mereka berilmu, kita selaku orang awam jangan ikut meributkan…yang baiknya kite terus tekun beribadah kerana Allah Ta’ala…semoga penyelesaian terbaik Allah Ta’ala kurniakan buat semua yang terlibat…aaminnn

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.