VIdeo: SPRM Tiba Di FGV Ambil Dokumen Untuk Siasatan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Ibu Pejabat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pagi tadi.

Kehadiran 20 pegawai SPRM  ke FGV ini dipercayai bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap FGV.

Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sebelum ini telah mengeluarkan arahan bercuti kepada empat pegawai kanan berkenaan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Mereka yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Zakaria telah bertemu dengan SPRM semalam untuk memberikan keterangan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.