Video: Tersilap Rumah Ibadat, Wanita Bukan Muslim ‘Sembahyang’ Dalam Masjid

LIMBANG — Dua wanita bukan Islam dari luar negara tersilap rumah ibadat apabila “menyembah” kepercayaan mereka di sebuah masjid di sini.

Kedua-duanya “sembahyang” mengikut anutan mereka di ruang solat Masjid Baitul Iman pada Ahad sebelum menyedari kesilapan, lapor Harian Metro.

Imam masjid tertua di sini Muhammad Ismail Rambli berkata mereka baru tiba di Sarawak dan tidak mengetahui masjid hanya untuk orang Islam beribadat.

“Jemaah lain dan pengurusan masjid memahami situasi mereka. Kedua-dua wanita terbabit kemudian beredar tanpa berlaku insiden tidak diingini,” katanya.

Maklumat di Facebook menyebut dua penganut Buddha itu, berasal dari Vietnam, asalnya mahu ke tokong tidak jauh dari masjid tersebut.

Gembira dengan budi pekerti jemaah terhadap mereka, Muhamad berkata kejadian berkenaan pertama kali berlaku di masjid itu.

Warga internet mengucapkan syabas kepada jemaah dan jawatankuasa masjid kerana tidak melulu dalam kejadian Ahad lalu.

“Itulah contoh umat Islam kepada orang yang bukan seagama dengan kita. Tambahan pula ketika ini kita sedang meraikan Ramadan,” kata Muhamad. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.