Video: SPRM Belum Panggil Saya-Isa Samad

KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad memberitahu setakat ini beliau masih belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung salah laku dalam syarikat berkenaan.

“Setakat ini saya tidak tahu tindakan SPRM, adakah mereka akan berjumpa saya atau tidak.

“Kalau mereka nak jumpa saya, maka saya akan jumpa mereka, tapi kalau tidak… maka tidak la saya jumpa mereka,” katanya ketika ditemui media pada majlis sumbangan Ramadan FGV 2017 di Dewan Banquet menara Felda tadi.

Isa sebelum ini telah mengeluarkan arahan bercuti kepada empat pegawai kanan berkenaan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Mereka yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Susulan itu kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan pegawai kanan terbabit.

Pagi tadi, SPRM telah mengunjungi ibu pejabat FGV bagi mengambil dokumen untuk membantu siasatan.

Sementara itu, ditanya mengenai perlantikan Idris sebagai pihak berkecuali, Isa menyifatkan ia sebagai satu langkah yang bijak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.