Video : Pemandu Uber Dipukul Lebih 10 Lelaki

Video seorang pemandu Uber dibelasah lebih 10 lelaki menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, pemandu terbabit didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang penumpang warga Vietnam ketika menghantarnya dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, Pulau Punang.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar,  pemandu berkenaan telah dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan pemandu itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri.

“Kenderaan suspek turut dirosakkan dalam kejadian itu dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya, lapor Utusan.

Menurut Anuar, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Amyrul Shazafry, yang memperkenalkan dirinya sebagai adik ipar kepada pemandu terbabit berkata dakwaan gangguan seksual yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali.

“Lelaki ini ialah abang ipar aku sendiri, nama dia Sukri, kerja dia ialah part time sebagai pemandu Uber, semalam 6/6/2017, dia dapat customer warga Vietnam yg sruh pickup dia dekat Paya Terubong, Pulau Pinang, lepas settle semua kerja seperti biasa. dia pun macam biasa pergi ke tempat kerja di balik and sambung kerja

“Kemudian, keesokkannya or hari ini 7/7/2017, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, dia menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yang sama iaitu Paya Terubong. Selepas wanita itu naik, tiba-tiba, kereta yg dipandu beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki.

“Seramai lebih kurang 20 orang dan 2 orang yg bersenjatakan Kayu Besbol, Sukri ni pun terbingung apa kesalahan dia ? so dia turun utk tanya, tak sempat nak tanya terus dihentam beramai-ramai dan 2 orang dari kumpulan tersebut memukulnya dgn kayu besbol serta ORANG AWAM sekali join pukul, memang teruk dia kena, Lastly dia bertahan lah kan, dan tanya apa kesalahan dia ?,”katanya.

Menurutnya, kumpulan tersebut memberitahu Sukri ni telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut.

“So Sukri ni kata la bila masa yang aku buat ? Perempuan Vietnam tu kata ada bukti video, lepas dah teruk kena hentam, dan ditanya mana video dan bukti, Lastly, perempuan Vietnam tu kata tak ada video, Abes yang Sukri ni kena pukul naya lah kan ?

“Lepas tu selamatlah seorang Melayu yang baik hati, dia adalah Anggota Polis, datang membantunya. Yang mana dok viral taktau cerita sebenar, mai jumpa saya dulu.

“Kena pukul ramai-ramai dengan senjata satu hal, kereta lagi dipecahkan oleh kumpulan nie, sapa nak bayar ? Dan aku rasa sangat marah and kesal dekat perempuan Vietnam yang menfitnah dia smpai jadi kes macam ni.

“Aku tak maafkan dan Semoga kes ni dapat Keadilan Mahkamah Dunia dan Allah S.W.T. Saya abaikan semua mulut-mulut orang yang berkata buruk kepadanya (mangsa). Insyaallah kebenaran akan berada di pihak yang benar,”katanya.

Sehubungan itu, dia turut meminta semua warga Facebook untuk Viralkan kes tersebut.

“Ini untuk bersihkan namanya yang telah tercalar, dan tiada bukti mengatakan dia melakukan Gangguan Seksual. Kalau kena dekat keluarga sendiri apa perasaan anda ?,”tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.