Video: Isa Samad Jawab Isu Minta Letak Jawatan

KUALA LUMPUR –  Tan Sri Isa Samad tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana tiada sebab untuk beliau berbuat demikian.

Jelasnya, setiap pihak boleh memberikan pandangan tetapi tidak semua yang faham akan perkara yang melanda FGV.

“Pasal apa nak letak jawatan, bukan saya yang salah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Sumbangan Ramadan FGV kepada asnaf di Menara Felda, di sini, hari ini.

Isa berkata demikan bagi mengulas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan agar beliau meletak jawatan dari FGV.

Menurut Isa, setiap individu punyai pandangan sendiri dan mereka mempunyai hak untuk memperkatakan isu tersebut.

“Tak tahu, itu dia punya pandangan. Macam-macam pandangan yang ada sekarang. Ada yang faham, ada yang tak faham pokok pangkal.

“Ada yang cerita A, dia cerita B, jadi kita cerita yang saya cakap, dia tafsir yang lain. Terpulang pada masing-masing. Masing-masing nak bercakap, dia punya haklah,” katanya.

Terdahulu, Isa telah mengeluarkan arahan bercuti kepada empat pegawai kanan berkenaan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.