Video: Anak Felda Minta Isa Samad Letak Jawatan

Kuala Lumpur: Satu kumpulan yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda hari ini membuat sidang media bagi mendesak pengerusi Felda Global Venture Holding Berhad(FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad meletakkan jawatan berikutan tindakannya mengarahkan ketua pegawai eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad bercuti bagi membantu siasatan salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex.

Kumpulan yang bernama Suara Generasi Ke-2 FELDA ini menuntut Tan Sri Isa Abdul Samad meletakkan jawatan kerana mereka merasakan pengerusi FGV itu tidak kompeten dalam menggalas tugas. Kumpulan ini juga bercadang akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bagi menyuarakan isi hati peneroka Felda kepada Perdana Menteri.

Berita lanjut menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.