Terlalu Cantik, Pembunuh Kejam Jadi Popular

Seorang suspek utama kes pembunuhan kejam di Bangkok, Thailand mendapat perhatian ramai apabila gambarnya mula tersebar di internet.

Gadis yang bernama Preeyanuch Nonwangchai, 24, telah ditahan polis bersama rakannya kerana disyaki membunuh kemudian memotong seorang wanita bulan lalu.

Apa yang menarik tentang Preeyanuch, ketika ditangkap pihak polis dia dilihat memakai pakaian mewah selain mengenakan solekan, lapor Metro.

Pegawai penyiasat yang bertugas juga telah berswafoto bersama Preeyanuch dan memuat naik gambar di media sosial.

Sehubungan itu, gambar tersebut mula menarik perhatian netizen dan rata-ratanya terpegun dengan kecantikan pembunuh itu sehingga wujudnya fenomena ”demam Preaw”.

Sementara itu, Pihak berkuasa kemudian memandang serius terhadap fenomena ini dan berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan kecantikan pembunuh tersebut.

Mereka juga disarankan untuk melihat kembali kepada kes pembunuhan kejam yang telah dilakukan Preeyanuch itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.