Tak Mahu Bebankan Che Ta, Zain Masak Untuk Juadah Berbuka

KUALA LUMPUR – Enggan membebankan isteri tersayang, pelakon, Zain Saidin menyediakan sendiri juadah berbuka dengan memilih makanan sihat.

Suami kepada Rozita Che Wan ini turut mengakui dia perlu mengawal nafsu melihat juadah enak di bazar Ramadan demi menjaga berat badan.

“Saya masak nasi menggunakan beras perang dan menyediakan ayam panggang. Saya hanya memakan bahagian dada ayam.

“Sayur juga dimakan mentah. Selain itu, saya gunakan garam bukit untuk setiap juadah yang disediakan.

“Itulah menu berbuka puasa saya di rumah. Memang kena kawal nikmat berbuka puasa dengan makanan sedap-sedap.

Ini kerana saya ada sasaran untuk mengurangkan berat badan sepanjang Ramadan,” katanya, lapor BH.

Menurut Zain jika tiada komitmen di luar, dia pasti memasak dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

“Tapi sesekali kalau ada undangan berbuka puasa di hotel, saya ambillah makanan sedap tapi terkawal. Isteri saya suka membeli juadah berbuka di bazar Ramadan,” katanya.

Tambahnya, kesibukan dengan dunia perniagaan membuatkan rutin senaman dan diet ‘lari’.

“Berat badan saya macam yoyo. Kalau sibuk berniaga, rutin di gimnasium dan diet jadi berterabur.

“Kalau saya tertinggal dua perkara ini, badan cepat naik,” katanya yang mengusahakan perniagaan kasut jenama ZapatoS by Zain Saidin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.