Pramugara Hibur Hati Jawab Soalan Penumpang

Seorang pramugara syarikat penerbangan telah berkongsi pengalamannya menjawab soalan penumpang pesawat sepanjang bulan Ramadan di Twitter.

Perkongsian Shazuan Hazizi Rosli, 23, mula mendapat perhatian ramai kerana cara dia menjawab soalan diajukan penumpang sangat mencuit hati.

Jawapan lucu Shazuan membuatkan pengguna Twitter terhibur:

“Apa yang saya kongsikan ini memang perbualan yang benar-benar berlaku bersama penumpang berkaitan dengan puasa.

“Saya juga nak menghiburkan hati sendiri sebab dah tiga tahun berturut-turut tak dapat cuti raya.

”Tahun pertama kena beraya di Shanghai, tahun kedua kena bertugas ke Chennai pada raya pertama dan raya kali ini kena ‘standby’ jadi kena duduk di rumah sahaja, tak boleh balik kampung di Temerloh,” katanya, lapor mStar.

Menurut Shazuan, sepanjang tiga tahun menjadi pramugara, dia telah berjumpa dengan pelbagai jenis penumpang dan pelbagai karenah.

Namun sebagai seorang pramugara, dia tetap menghormati mereka dan akan cuba untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.