Pelancaran Fasa Kedua MRT Bulan Depan Bikin Pembangkang Terkedu

Pada 17 Julai ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Fasa Dua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang sejauh 30 kilometer. Dengan pelancaran berkenaan maka ia sekali gus menutup mulut pembangkang yang sebelum ini meragui projek berkenaan.

Kejayaan projek ini dalam kata lain, bakal menguburkan semua kata-kata fitnah dan tohmahan daripada pembangkang. Lebih menarik ia berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Ia juga menunjukkan bahawa kewangan negara masih stabil dan kukuh, bukannya hendak bankrap seperti yang diperkatakan oleh pembangkang yang tidak henti-henti memburukkan nama negara dengan idea bankrap berkenaan.

Bukan itu sahaja, dakwaan pembangkang sebelum ini kononnya projek itu menelan belanja sehingga RM100 juta juga terbukti satu fitnah. Hakikatnya ia lebih rendah daripada bajet yang ditetapkan.

Apa yang penting MRT ini menunjukkan bahawa kerajaan menunaikan janjinya bagi memberikan kemudahan kepada penduduk di ibu kota yang sebelum ini mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.

Dengan siapnya fasa satu dan dua, ia akan dapat memberikan manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunakannya setiap hari.

Selain itu projek MRT ini juga memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada kerja pembinaan, penjanaan peluang pekerjaan, peningkatan nilai hartanah, produktiviti dan penjimatan masa rakyat.

Laluan fasa pertama MRT yang melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu telah mula beroperasi pada Disember tahun lepas.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Damansara; Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan.

Manakala fasa kedua sejauh 30 kilometer membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.