Netizen Kutuk Baju Melayu Ala Kpop Aliff Syukri Nampak Bulu Ketiak

Baju Melayu tidak berlengan macam dipakai Datuk Aliff Syukri ini jadi bualan hangat di media sosial.

Koleksi baju raya ala-ala Kpop, pengasas produk D’herbs ini menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

Menerusi kapsyen yang dikongsinya, “Baju koleksi raya saya tahun ni… smart tak??” Telah mengundang perbalahan di laman Instagramnya.

Ada yang positif, tak kurang juga turut mengecam pengasas produk kesihatan D’Herbs.

“Saya memang takde niat nak kutuk Dato apalagi di bulan puasa. Tapi baju ni memang tak sesuai la Dato,”tulis Wafiz.

@gtfocam pula menulis, “Oh my god, please don’t..this is to much.”

“Takkan nak solat raya nampak bulu ketiak,”kata Nur Arnissa.

Sementara itu @iqmxn menulis, “Manalah pergi adat melayu yang sopan santun?.”

Selain netizen, ikon fesyen iaitu Wak Doyok turut meninggalkan komen.

Menurutnya, tidak salah memakai pakaian sedemikian kerana ia hanyalah singlet dalam untuk busana baju Melayu asli.

Dalam pada itu, netizen dilihat cuba menasihati Aliff dengan memberi pelbagai cadangan berkaitan statusnya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.