Mauritania Negara Terbaharu Putus Hubungan Dengan Qatar

NOUAKCHOTT – Mauritania menjadi negara terbaharu memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas.

Menurut Agensi, negara dari Afrika Barat dan anggota Liga Arab itu menyertai kuasa besar seperti Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu mengambil tindakan yang sama pada Isnin atas alasan Qatar menyokong pengganas dan Iran.

“Qatar mempunyai polisi yang menyokong pertubuhan pengganas dan menjadi ejen propaganda kumpulan pelampau,” menurut satu kenyataan oleh agensi penerangan Mauritania.

“Tindakan menyebabkan kehilangan banyak nyawa di negara-negara Arab, Eropah dan seluruh dunia”.

Selain itu, turut memutuskan hubungan dengan Qatar adalah negara Yaman dan Bahrain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.