Kereta Diconteng, Parkir Di Tempat Salah

Seorang pemilik kenderaan telah diberi pengajaran apabila meletakkan kenderaan di tempat yang salah.

Kejadian berlaku di kawasan parkir berhampiran Hospital Likas, Sabah menyaksikan sebuah kenderaan MPV telah diconteng dengan pen marker.

Berikutan itu, pengguna laman sosial Facebook (FB) bersetuju dengan tindakan orang ramai menconteng kenderaan tersebut sebagai amaran dan pengajaran kepada pemandu yang dianggap mementingkan diri sendiri itu.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat cara untuk mengajar pemandu tersebut dengan menconteng keretanya, sebagai keterlaluan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

“Setakat jam enam petang, kami masih belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kenderaan tersebut.

“Kami juga memandang serius terhadap perkara sebegini dan berharap agar ianya tidak berlaku lagi,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.