Juara Indonesia Idol Musim Ke-5 Hilang Sejak 3 Hari Lalu

Juara Indonesia Idol musim ke-5, Januarisman atau yang lebih dikenali dengan Aris Idol dikhabarkan sudah tiga hari menghilang diri.

Menurut isterinya, Fany ketika ini dia sedang mengesan kedudukan suaminya dengan kali terakhir penyanyi itu dikesan berada di kawasan Benhil, Jakarta tengah.

Aris Idol hilang ketika membawa teksi dan rupa-rupanya sudah empat bulan dia berkhidmat sebagai pemandu.

“Suami saya bawa teksi online, sudah lama. Ia telah didaftarkan lebih setahun lalu namun hanya aktif empat bulan lalu,” kata Fany.

Jelasnya, dia gagal menghubungi suaminya itu manakala telefon bimbit Aris Idol telah dimatikan.

Fany turut menjelaskan hubungannya dengan suaminya itu tiada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.