Chef Wan Mengamuk Menantu Tak Datang Mahkamah

KUALA LUMPUR – Chef terkenal, Chef Wan mengamuk apabila bekas menantunya tidak menghadiri mahkamah bagi kes penceraian anak perempuannya, Serina.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan Chef Wan dalam Instagramnya (IG), dia turut memaki bekas menantunya yang disifatkan sebagai ‘bangsat’ kerana enggan hadir untuk menjatuhkan talak terhadap anaknya.

“My X menantu ‘bangsat’ tu bila mahkamah panggil untuk menjatuhkan talak ke atas my daughter dua hari lalu dia buat macam-macam alasan kononnya ada kerja, tak boleh datang dan kononnya tak tahu menahu la padahal e-Mail pun our lawyer dah hantar pada dia to come say my daughter. Thistle is bot the first-choice time he does This.

“Dia ingat kuasa penceraian tu ada pada dia sahaja ke?,”Tulisnya.

Tambahnya, bukan menerusi cara itu sahaja dan mengingatkan bekas menantunya supaya jangan terlalu berlagak.

“Kita tengok sahaja setinggi mana tupai tu nak melompat. Mahkamah syariah juga ada caranya untuk menjatuhkan talak jika dia tidak melakukan keadilan terhadap isterinya,”tulisnya lagi.

Menurut Chef Wan lelaki itu sepatutnya rasa malu selepas apa yang diperlakukan terhadap Serina.

Katanya, jika tak dapat membahagiakan anaknya, lepaskan sahaja.

“Tetapi tidak, nak bermain tarik tali Pula, beritahu Rina dia tak nak cerai pula.

“Choi Sueh punya Jantan ni muka tak tahu malu agaknya. Hidup hanya tahu nak menyusahkan kita pula,”katanya.

Sehubungan itu, Chef Wan meminta bekas menantunya supaya berhenti bermain wayang.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan cara bekas menantu Chef Wan yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.