Bayi lelaki Setahun Maut Akibat Digilis Sebuah lori

TRAGIS… Seorang bayi lelaki berusia setahun maut dalam keadaan ngeri akibat digilis sebuah lori di Jalan Kampung Baru Cina, Semenyih, Kajang, Selangor lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, A. Harianiskumar menunggang motosikal bersama abang, ibu dan neneknya di kawasan Flat Kampung Baru Cina.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, sebuah lori yang baru keluar dari flat berkenaan secara tiba-tiba meluru laju sebelum melanggar mereka.

“Kejadian menyebabkan semua mangsa tercampak ke jalan, manakala kanak-kanak itu terjatuh di bawah tayar lori dan digilis.

“Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi,” katanya yang dipetik sebuah portal akhbar berita tempatan.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan daipada orang ramai pukul 10.05 malam.

Ujarnya lagi, pemandu lori berkenaan didapati melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.