Anjing Polis Dipecat, Terlalu Mesra

Seekor anjing polis dipecat daripada pekerjaannya atas sebab kerana terlalu mesra dan sangat comel.

Menurut Mirror, anjing yang berusia satu tahun itu terpaksa dilucutkan jawatan untuk berkhidmat dalam pasukan polis.

Anjing yang bernama Gavel ini lebih gemar bergolek-golek dan diusap di bahagian perut berbanding menjalankan tugasnya.

Gavel yang masih dalam tempoh latihan, gagal terpilih ke peringkat akhir bagi meneruskan khidmat dalam Perkhidmatan Polis Queensland, Australia.

Walaupun dipecat, anjing yang comel itu ditawarkan pekerjaan baharu iaitu sebagai penyambut tetamu di Rumah Kerajaan Brisbane dan kini bergelar anjing rasmi Gabenor Paul de Jersey.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.