Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN

KUALA LUMPUR – Selepas hampir sebulan menerima rawatan intensif di Institut Jantung Negara (IJN), Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, dibenarkan pulang semalam.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika memaklumkan perkembangan itu berkata, pasukan perubatan IJN meminta Hadi mendapat rehat secukupnya bagi memastikan beliau pulih sepenuhnya daripada pembedahan.

“Sehubungan itu, beliau belum dapat memenuhi undangan penganjuran program parti dalam tempoh beberapa minggu ini sehingga dimaklumkan kelak.

“Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan pada pengurusan dan doktor di IJN susulan layanan terbaik sepanjang proses rawatan.

“Terima kasih juga kepada ahli, penyokong dan rakan taulan yang sentiasa berdoa supaya Tuan Guru (Hadi) diberikan kesihatan untuk terus memimpin PAS dan ummah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada 15 Mei lalu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilapor dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan intensif, sebelum dinasihatkan doktor menjalani pembedahan berikutan kebocoran pada injap jantungnya. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.